mysakanonline (KEDAI ONLINE PASARAYA SAKAN)


Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. (SAKAN), nombor pendaftaran 550991-A yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 telah ditubuhkan pada Jun 2001 merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Aktiviti perniagaan yang melibatkan jualan runcit dan borong menumpukan kepada jualan pakaian untuk semua peringkat umur, pakaian dan keperluan sekolah, pakaian dan peralatan bayi, barang-barang kelengkapan rumah merangkumi peralatan dapur, bilik tidur, permaidani, selimut dan set katil (toto, narita) sehingga kepada keperluan umrah dan haji.

Pada masa ini, SAKAN mempunyai tujuh puluh tujuh (77) cawangan pasaraya di seluruh Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Kangsar, Perak. Dalam perniagaan ini, perancangan dilakukan berdasarkan analisa terhadap faktor kepadatan penduduk berbangsa Melayu, kuasa pembeli setempat, lokasi dan persekitaran perniagaan.

Ulasan