Buat Duit - Panduan Google Adsense Pertama Dalam Bahasa Malaysia

Panduan Google Adsense Pertama Dalam Bahasa Malaysia

Panduan Google Adsense Lagenda..

“Ketahui Bagaimana Saya dan Ramai Blogger Di Malaysia Buat Duit USD Dengan Google Adsense dan Dibayar Terus Oleh Google Sendiri!”

Panduan Raja Adsense sudah 11 tahun di pasaran, kini dengan versi terbaru yang lebih POWER!!

Salam Sejahtera,

Nama saya Mohd Shamsuriyadi. Seorang blogger dan usahawan internet sepenuh masa. Menulis sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Malah saya telah menulis 2 buah buku yang diterbitkan oleh PTS. Salah satu daripadanya berkenaan dengan Google Adsense.


Apakah Google Adsense Sebenarnya?

Skim cepat kaya ke? Betul ke program ini? Macam tipu je?

Bagi mereka yang masih “blur” dengan apa bendanya Google Adsense ini. Ia sebenarnya ia adalah program buat duit yang diuruskan oleh enjin carian terbesar di dunia ni. Siapa tak kenal Google kan? Ia merupakan salah satu produk utama yang membantu Google mencapai apa yang mereka ada sekarang.

Anda sebenarnya akan dibayar jika ada orang klik pada Iklan di Blog anda! Anda tidak perlu menjual apa apa pun.

Hanya Letak Kod Iklan >> Iklan Keluar Di Blog Anda >> Anda Dibayar Untuk Setiap Klik

Sangat mudah bukan?

Sebab itulah ramai blogger diam-diam buat duit dengan blog mereka tanpa anda sedari. Mereka tak menjual apa apa. Anda melawat blog mereka dan klik pada iklan mereka. Mereka tersenyum lebar kerana dapat duit daripada anda.

Malah telefon kita pun mengunakan sistem operasi yang diterbitkan oleh Google iaitu Android. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Google Adsense.

Ia menjadi income utama surat khabar online pada hari ini… Anda boleh tengok di Harian Metro, Berita Harian, Utusan Malaysia dan semua media online ini mengunakan Google Adsense sebagai salah satu pendapatan mereka sehinggakan mereka tidak lagi menawarkan iklan di laman mereka.

Mereka tidak perlu bersusah payah mencari pengiklan untuk beriklan di laman web mereka. Google yang carikan dan membayar dengan matawang USD ke akaun bank mereka.

CONTOH : IKLAN ADSENSE DARI BLOG DATABOX SOLUTIONS

Konsep Google Adsense

Konsepnya cukup mudah. Jika anda mempunyai blog atau laman web, anda boleh memohon akaun Google Adsense ini. Ia adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membayar apa apa untuk menyertai program ini.

Google akan menumpang blog anda untuk meletakkan iklan mereka dan anda dibayar untuk setiap klik yang terhasil daripada iklan berkenaan. Namun ia memerlukan kelulusan untuk menyertainya. Syaratnya agak ketat kerana ada usaha untuk mengeksploitasi program ini.

Setelah  akaun diluluskan, anda boleh meletakkan kod iklan di blog anda. Iklan Google ini akan keluar berdasarkan apa yang kita tulis. Inilah kehebatan teknologi yang dibangunkan oleh Google menyebabkan ia sukar digugat oleh mana mana pesaing mereka pada masa kini.

Anda Dibayar Untuk Setiap Klik Pada Iklan Anda – Pay Per Click

Apabila pelawat blog anda melihat iklan dan bertindak klik pada iklan anda.. Kacching…

Anda Menerima DUIT USD daripada klik berkenaan!

Google membayar dalam matawang USD kepada pemilik akaun Adsense di Malaysia! Google memberikan sehingga 68% daripada nilai yang dibayar oleh pengiklan kepada Publisher Google Adsense iaitu kita.

Katakan pengiklan membayar USD1.00 untuk satu klik, maka 68sen akan diberikan kepada program Google Adsense ini. Bagi itulah yang menjadi keuntungan Google yang mencapai nilai Billion Dollar setiap tahun.

Syaratnya anda tidak klik sendiri pulak iklan itu. Ia adalah dilarang dalam program ini. Proses klik ini perlu berlaku secara natural dan tanpa paksaan.

Tolong JANGAN KLIK SENDIRI IKLAN ANDA!

Program ini cukup mudah tetapi ia bukan cara untuk anda menipu. Hasilnya akaun anda akan dibatalkan dan segala wang yang terkumpul daripada akaun anda akan hilang. Ia dipanggil click fraud. Google mempunyai sistem yang cangggih untuk mengesan cubaan menipu dalam program Google Adsense ini.

Apabila sudah berjaya mengumpul di dalam akaun mencapai USD100 . Ia akan dibayar terus ke akaun bank anda di Malaysia. Anda juga boleh pilih untuk menerima bayaran menerusi Cek dan juga Western Union. Anda boleh pilih kaedah apa yang paling mudah untuk anda.

Pembayaran akan dilakukan pada 21hb oleh Google dan anda akan menerima bayaran pada 23hb setiap bulan terus ke akaun anda jika memilih untuk pembayaran wired transfer.

Bagaimana Nak Buka Akaun Google Adsense?

Jika anda ingin mendapatkan akaun Google Adsense dan buat duit USD dengannya, anda perlu menjadi seorang penulis blog atau menghasilkan video untuk dimasukkan ke dalam Youtube.

Jangan terkejut, iklan di Youtube juga dibayar oleh Google menerusi program ini juga. Ia bukan suka-suka untuk memasukkan video di Youtube. Tetapi ada habuan duit USD disebaliknya jika pemilik channel berkenaan mengaktifkan fungsi monetize video yang dimuatnaik olehnya dan tidak terlibat dengan tuntutan hakcipta daripada pihak lain.

Saya akan tunjukkan 4 CARA untuk anda dapatkan akaun Google Adsense Penuh kali ini. Anda boleh cuba memohon walaupun anda pernah dibatalkan akaun sebelum ini. Cuma jangan ulangi kesilapan yang lama. Akaun semakin susah untuk diluluskan.

MEMPERKENALKAN RAJA ADSENSE REVIVE

Ia merupakan Panduan Google Adsense yang pertama dalam Bahasa Malaysia dan menjadi rujukan kepada ramai orang sejak 2006. Kali ia tampil dengan kandungan baru yang lebih baik dan advance. Dengan 11 tahun dipasaran, pastinya ia sesuatu yang sangat bagus sehingga bertahan selama itu.

Ia sesuai untuk mereka yang masih baru dalam dunia penulisan blog.

Apa Lagi Yang Anda Bakal Pelajari dalam Panduan Raja Adsense?

Dalam Modul Panduan Raja Adsense Revive, anda akan menerima 10 modul yang saya pecahkan agar memudahkan anda membangunkan blog anda. Ia saya susun mengikut step-step yang perlu anda lalui untuk memaksimakan peluang untuk anda mendapat duit daripada Google Adsense ini.

Pengenalan
Ia
pengenalan untuk Modul Panduan Raja Adsense ini. Ia adalah untuk persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam menulis blog bagi program Google Adsense ini. Ramai yang gagal bertahan disebabkan pelbagai isu. Ia akan dikupas di dalam modul ini.

Pemilihan Niche atau Topik
Langkah pertama ialah memilih niche atau topik yang terbaik untuk anda buat untuk pasaran Malaysia. Saya juga mengupas beberapa blog yang berjaya yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan blog anda sendiri.

Pembangunan Blog
Seterusnya ialah pembangunan blog samada mengunakan blogger atau wordpress. Dalam modul ini, banyak menyentuh tentang pengunaan wordpress yang dihos sendiri. Tools dan plugin yang digunakan untuk membantu pengurusan blog anda.

Penulisan Artikel
Artikel memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah blog agar bertahan lama di enjin carian. Ia perlu dirancang dan ditulis dengan cara tertentu. Ia perlukan latihan yang lama untuk aktiviti penulisan ini.

Search Engine Optimization
Ia adalah rahsia bagaimana blogger berjaya mendapat ranking yang terbaik di enjin carian. Ia cara bagaimana untuk artikel mereka tampil pada kedudukan pertama apabila di cari oleh pengguna internet. Terdapat 2 cara SEO iaitu Onpage SEO dan juga Offpage SEO akan dibincangkan dalam modul ini.

Teknik Pemasaran Pantas
Dalam modul ini, saya menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan traffik dengan pantas. Sebagus mana sesebuah blog tidak berguna jika tiada pelawat. Sebab itu, modul ini dibuat agar anda boleh mengajak pelawat ke blog anda.

Mendapatkan Akaun Google Adsense
Akaun Google Adsense sangat sukar untuk diperolehi. Namun, dalam modul ini saya berikan 3 cara untuk mendapatkan akaun Google Adsense Penuh. Terdapat 2 jenis akaun Google Adsense iaitu Penuh dan juga Hosted.

Blog Monetization
Selain daripada Google Adsense, anda akan tunjukkan cara lain untuk anda menambah pendapatan blog anda. Pendapatan ini penting untuk membolehkan anda menampung kos-kos yang bakal ditanggung dalam pembangunan blog anda.

Akaun Adsense Hosted
Selain akaun penuh, anda juga boleh memiliki akaun Hosted Adsense iaitu menerusi Blogger dan Youtube. Saya tunjukkan langkah demi langkah untuk mendapatkan akaun Hosted Youtube dan bagaimana untuk anda upgrade kepada akaun Google Adsense Penuh dengan akaun Hosted ini.

Isu Penting dan Tips
Sebagai penutup modul Panduan Raja Adsense, ia akan membincangkan pantang larang yang seringkali terlupa sehingga menyebabkan kehilangan akaun Google Adsense mereka.

Ini adalah antara yang anda pelajari daripada Panduan Raja Adsense Revive.

Berapakah Harganya?

Ia adalah harga yang mampu dimilik oleh semua orang untuk belajar bagaimana blogger memperoleh pendapatan lumayan daripada program ini. Hanya:

RM100 

RM80 Sahaja 

Dengan harga ini, anda akan dimasukkan ke dalam Fb Group Support untuk memudahkan anda dibimbing dan ditunjukkan cara yang betul dalam program ini. Selain itu, anda juga turut diberikan tools untuk memudahkan anda bermula.

 KLIK SINI UNTUK MENDAPATKANNYA 






MUNGKIN ANDA JUGA MEMINATI INI :



Ulasan